Video di YouTube Runtuhan lombong tinggal di Pantai Remis

Satu video berkenaan kejadian ini telah dimuat naik ke YouTube pada 17 Mei 2007. Perincian kejadian di dalam bahasa Kantonis berkenaan kejadian ini adalah seperti berikut:

Tahun itu, saya menerima satu panggilan dari pemilik lombong timah. Beliau mengatakan bahawa lombong beliau, yang mana telah diusahakan selama beberapa dekad, akan runtuh. Saya bergegas ke tempat kejadian bersama kamera video saya dan menunggu selama beberapa jam. Akhirnya, saya mengambil filem yang berharga ini. Meskipun filem ini hanya berlangsung selama beberapa minit, ia cukup mengujakan. Saya harap video ini boleh membuatkan anda semua menghargai akibat daripada memusnahkan alam sekitar kita.

Profesor Dave Petley, penyandang Kerusi Wilson Chair dalam Bahaya dan Risiko di Jabatan Geografi di Universiti Durham, England dan pengasas dan pengarah Pusat Tanah Runtuh Antarabangsa, memperincikan rakaman ini sebagai satu video tanah runtuh terbaik yang pernah beliau tonton, meskipun bermutu rendah. [2]